KULIM KEDAH, 25 NOVEMBER 2019 – Satu program larian amal telah dianjurkan oleh pihak Hasani Group bersama Majlis Perbandaran Kulim Kedah dan Pejabat Daerah Kulim pada 16 November 2019 bertempat di Mini Stadium Keladi, Kulim. Larian sejauh 5KM ini telah disertai seramai hampir 1800 peserta di sekitar Daerah Kulim dan daerah berhampiran. Pelbagai acara menarik juga diadakan seperti pameran dan jualan dari agensi kerajaan, pertandingan sukaneka KEMAS, pertandingan beyblade, pertandingan futsal, sumbangan kepada NGO kebajikan dan cabutan bertuah. Peserta yang berdaftar untuk larian ini telah diberikan t shirt larian, medal, goodies bag bersama e – sijil dan nombor cabutan bertuah. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Dr Ismail bin Salleh, EXCO Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC). Turut hadir bersama ialah YB Datuk Seri Saifudin Nasution bin Ismail, Ahli Parlimen Kulim dan Bandar Baharu, YB Dato Nor Sabrina binti Mohd Noor, ADUN Bandar Baharu dan Tuan Haji Mohd Yusri bin Hj Md Daud, Pegawai Daerah Kulim.
DISEDIAKAN OLEH : NAZERAH BT MD NAJIB ( PBSD KULIM)
- JBS Kedah
- Hits: 606
