BALING , 27 OGOS 2020 – Mesyuarat tapak naiktaraf Kompleks Rakan Muda Baling kali kedua telah diadakan pada 25 Ogos 2020 (Selasa) yang lalu. Agenda mesyuarat ini ialah membincangkan laporan kemajuan semasa kerja-kerja naiktaraf Kompleks Rakan Muda Baling .
Ahli mesyuarat yang hadir terdiri daripada wakil kontraktor, Jurutera Daerah JKR Baling dan wakil Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Baling .
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
BALING KEDAH, 25 OGOS 2020 - Seramai 4 orang pegawai dan kakitangan PBSD Baling telah menyertai bengkel Microsoft Office (Modul Asas) pada 17-18 Ogos 2020 di Pusat Internet Kg.Bawah Gunung , Baling , Kedah .
Selama 2 hari bengkel berlangsung , peserta telah diajar tentang cara menggunakan perisian komputer seperti Microsoft Word , Microsoft Powerpoint dan Microsoft Excel. Objektif bengkel ini adalah untuk memperkasakan penggunaan perisian komputer dan menambahkan pengetahuan di kalangan pegawai dan kakitangan PBSD Baling mengikut arus IT masa kini .
Bengkel Microsoft Office ini telah disampaikan oleh Pengurus Pusat Internet Kg.Bawah Gunung, Pn.Nur’Iffah Dalila Binti Haron Mansor (Modul Microsoft Excel) dan Penolong Pengurus Pusat Internet Kg.Bawah Gunung, Pn. Noor Izwani Binti Elias (Modul Microsoft Word & Powerpoint ).
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
YAN KEDAH, 24 OGOS 2020 – Salah guna dadah merupakan ancaman terbesar dalam masyarakat. Pelbagai usaha dilaksanakan bagi menyampaikan maklumat kepada masyarakat untuk bersama memerangi dadah. Program Omnipresent and Walking Street Message telah dilaksanakan di Pasar Sehari Pekan Sungai Yan bagi memberi penerangan berkaitan dadah.
Sasaran program ini adalah penyampaian maklumat kepada golongan peniaga-peniaga pasar sehari dan masyarakat yang hadir pada hari tesebut. Broucher berkaitan dadah diedarkan bagi memberikan gambaran yang lebih jelas kepada masyarakat.
Turut hadir turun padang bersama adalah Encik Mohamad bin Ramli Pegawai AADK Daerah Yan. Menurut beliau, program ini adalah pendekatan bagi mengajak masyarakat bersama memerangi dadah. Selain itu masyarakat juga akan menjadi mata, telinga dan penyampai bagi menjauhkan golongan belia khususnya supaya menjauhi penyalahgunaan dadah.
ALOR SETAR KEDAH, 24 OGOS 2020 - Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Perundingan Belia Dan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah telah berlangsung di Ibu Pejabat Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah baru-baru ini. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YB Tuan Mohd Firdaus Ahmad, Exco Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan dan Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Kedah dengan dihadiri oleh semua pegawai belia dan sukan, agensi-agensi dan Ngo yang terlibat dalam pelaksanaan program ini. Agenda mesyuarat merangkumi taklimat program dan perbincangan perancangan aktiviti yang bakal dilaksanakan sempena program tersebut. Mesyuarat telah berlangsung dengan lancar dan sempurna dalam masa yang singkat disamping pematuhan dalam Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ketika ini.
DISEDIAKAN OLEH : JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH
SIK KEDAH, 19 OGOS 2020 – Pemeriksaan Pematuhan Standard Operating Procedure (SOP) KKM | Covid-19 oleh kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Sik telah pun dilakukan pada 19 Ogos 2020 (Rabu) bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik, Sik, Kedah Darul Aman disini.
Antara Pemeriksaan Pematuhan Standard Operating Procedure (SOP) KKM | Covid-19 yang dilakukan ini adalah seperti notis QR Code MySejahtera, buku rekod pelawat beserta dengan catatan suhu badan, alat thermometer suhu badan, cecair pembasmi kuman, tagging jarak 1 meter dan notis-notis lain pemakluman berkaitan Covid-19 di pejabat/premis kerajaan.
Encik Wan Syahrin Bin Ali, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik hadir mewakili seluruh warga kerja PBSD Sik semasa pemeriksaan ini dilakukan.
KEDAH, 19 OGOS 2020 – Satu majlis perpisahan telah dilaksanakan bagi meraikan Encik Mohd Fadzily Bin Abdul Manan Ibrahim, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kulim yang dapat bertukar ke skim yang baru di Kementerian Dalam Negeri. Majlis yang dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan Ibu Pejabat ini telah disempurnakan oleh Cik Natrah Binti Esa selaku Penolong Pengarah Rakan Muda. Semua warga JBSNK mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau di atas segala jasa dan sumbangan yang diberikan sepanjang berkhidmat di sini. Semoga ikatan silaturrahim yang telah terbina ini kekal buat selamanya.
DISEDIAKAN OLEH : JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH
SIK KEDAH, 18 OGOS 2020 – Majlis Perasmian Program Merdeka@Komuniti dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Sik 2020 telahpun diadakan 16 Ogos 2020 (Ahad) yang lalu bertempat di Dewan Al-Hana, Sik, Kedah Darul Aman disini.
Program anjuran Jabatan Penerangan Daerah Sik dengan kerjasama Pejabat Daerah & Tanah Sik dengan tema sambutan kemerdekaan ke-63 iaitu Malaysia Prihatin dan bersekali dengan penghayatan prinsip Rukun Negara yang ke-50 telah berjaya menghimpunkan ketua-ketua jabatan seluruh daerah Sik bertujuan untuk mengukuhkan semangat patriotisme dan menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam kalangan masyarakat khususnya penduduk di daerah Sik, Kedah.
Pada majlis tersebut, YAB Menteri Besar Kedah, Tn. Hj. Muhammad Sanusi Bin Md. Nor merangkap ADUN Jeneri telah menyerahkan Jalur Gemilang kepada ketua-ketua jabatan seluruh daerah Sik diikuti dengan pelepasan (flag off) dan pemasangan Jalur Gemilang kepada Unit Konvoi Jabatan/Agensi kerajaan daerah Sik.
Hadir bersama Tn. Ahmad Tarmizi Bin Sulaiman, Ahli Parlimen Sik, Tn. Hj. Mad Isa Bin Shafie, ADUN Belantek dan En. Mahamad Suhaimi Bin Man, Pegawai Daerah Sik. Turut hadir bersama Pn. Siti Salmiah Binti Md. Ani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik.
SIK KEDAH, 18 OGOS 2020 – Bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik, pada 13 Ogos 2020 yang lalu, semua warga kerja PBSD Sik bersama-sama bergotong-royong bagi memastikan keselesaan di tempat kerja dengan mengambil langkah melakukan kerja-kerja pembersihan dan pelupusan barang-barang yang tidak boleh digunakan lagi atau rosak.
PBSD Sik juga sentiasa memastikan semua peralatan pejabat tersusun dengan kemas, berkeadaan baik serta tidak mengancam keselamatan dan kesihatan pekerja.
Aktiviti sebegini akan diteruskan lagi dari masa ke semasa kerana ia mewujudkan jalinan ukhuwah yang baik di antara kakitangan dengan sama-sama membantu bekerjasama menjalankan tugas.
YAN, KEDAH, 18 OGOS 2020 – Program Tempat Kerja Bebas Dadah Sektor Awam (TEKAD AWAM) adalah satu program bagi menyampaikan maklumat dan memastikan pegawai perkhidmatan awam bebas dari penyalahgunaan dan penagihan dadah.
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Yan telah melaksanakan program TEKAD AWAM ini kepada anggota dan pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Yan. Program diadakan di Pejabat APM Daerah Yan sendiri. Sesi penyampaian ini adalah berkaitan dengan tanggungjawab pegawai perkhidmatan awam dalam menangani masalah penyalahgunaan dadah dan kerjasama antara anggota bagi memastikan masalah penggunaan dadah dapat mencapai angka sifar.
Ceramah disampaikan oleh Ustaz Mohd. Farid bin Mohd Noor Ketua Unit Pencegahan AADK Yan. Turut hadir bersama dalam program ini adalah Puan Norlizawati binti Ismail Pegawai APM Daerah Yan. Dalam ucapannya, APM juga akan memberikan kerjasama sebagai agen penyampai dalam usaha membasmi masalah penyalahgunaan dadah.