BALING , 10 OGOS 2020 – Majlis Belia Daerah Baling (MBD) dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Baling (KRMB) dan Pengakap Kelana telah berkunjung ke Kg. Lubuk Legong , Kg. Lalang , Baling , Kedah bagi menyantuni belia masyarakat orang asli suku kaum Kensiu di sana semalam . Pihak MBD telah disambut oleh Tok Batin Razali Bin Kulim. Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi mengeratkan silaturahim antara wakil belia daerah Baling dan belia masyarakat Kensiu .
Turut hadir ialah Pegawai Belia Dan Sukan PBSD Baling , Pn. Maizatul Akmam Binti Adam dan Pen.Pegawai Belia Dan Sukan PBSD Baling , En.Danial Shamad Kesvan Abdullah .
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
- JBS Kedah
- Hits: 935
