- JBS Kedah
- Hits: 509
PROGRAM KEDAH DIABETES AWARNESS DI YOUTH TOWN@SIK LESTARI PERINGKAT DAERAH SIK 2019
SIK KEDAH, 6 OKTOBER 2019 – Program Kedah Diabetes Awarness Di Youth Town@Sik Lestari Peringkat Daerah Sik 2019 telahpun diadakan pada 21 September 2019 (Sabtu) yang lalu bertempat di Dataran Sik Lestari, Sik, Kedah Darul Aman disini.
Program anjuran Persatuan Diabetes Malaysia Cawangan Sik turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dan Lions Clubs International Foundation serta Persatuan Usahawan Melayu Sik (PUMS).
Terdahulu di sebelah awal pagi turut diadakan acara senamcergas iaitu aerobic bersama peserta dan pengunjung selain kanak-kanak turut serta mengambil bahagian dalam acara tersebut.
Majlis program ini telah dihadiri oleh Ybhg. Dato’ Hj. Bukhari Bin Abdullah, Pegawai Daerah Sik. Turut serta hadir bersama En. Ahmad Sanusi Bin Abd. Rahim, Pengerusi Persatuan Usahawan Melayu Sik (PUMS).
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)
- JBS Kedah
- Hits: 509
