SIK KEDAH, 22 SEPTEMBER 2019 – Program Town Survival Sempena Program Rapat Rakyat Peringkat Daerah Sik 2019 telah berlangsung dengan jayanya pada14 September 2019 (Sabtu) yang lalu bertempat di Dataran Sik Lestari, Sik, Kedah Darul Aman di sini.
Program yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Sik turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Daerah Sik serta Persatuan Usahawan Melayu Sik (PUMS) telah disertai seramai 60 orang peserta yang dibahagikan kepada 15 kumpulan telah bertanding dalam acara explorace di sekitar Sik.
Majlis penutup serta penyampian hadiah Program Town Survival Sempena Program Rapat Rakyat Peringkat Daerah Sik 2019 ini telah disempurnakan oleh Ybhg. Dato’ Bukhari Bin Abdullah, Pegawai Daerah Sik.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)
- JBS Kedah
- Hits: 494
