- JBS Kedah
- Hits: 126
FIT MALAYSIA @ COMMUNITY
BANDAR BAHARU, 25 OGOS 2019 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu telah menganjurkan Senamrobik Fit Malaysia @ Community peringkat daerah Bandar Baharu dengan kerjasama Kelab Gimnasium Bandar Baharu yang berlangsung di SMK Selama Kedah. Program ini dihadiri lebih kurang 500 peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah, guru-guru dan komuniti setempat. Program yang bermula pada jam 7.30 pagi dengan ucapan oleh wakil Pegawai Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu En Ramli Sani bin Sopian dan ucapan dari Pengetua SMK Selama Kedah Haji Johar bin Haji Shuib seterusnya beliau merasmikan program ini. Pihak Pejabat Belia Sukan Daerah Bandar Baharu juga telah memberikan sumbangan peralatan sukan kepada SMK Selama Kedah dan kepada kelab Jom Fit Bandar Baharu. Program Fit Malaysia @ Community ini di adakan bertujuan untuk memupuk minat bersukan kepada masyarakat seterusnya mengamalkan gaya hidup yang sihat.
DISEDIAKAN OLEH : MOHAMAD HAFIZ BIN JAMALUDIN (PBSD BANDAR BAHARU)
- JBS Kedah
- Hits: 126
