PENDANG, KEDAH, 27 MEI 2019 – Program Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Kedah anjuran Jabatan Agama Islam dengan kerjasama Pejabat Daerah Pendang telah diadakan di Masjid Al-Falah Felda Sungai Tiang.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah telah sudi mencemar duli hadir ke program tersebut untuk sama-sama berbuka bersama masyarakat Daerah Pendang khasnya penduduk Felda Sungai Tiang. Selepas majlis berbuka KDYMM Sultan Kedah bersama-sama penduduk menunaikan solat isyak dan tarawih.Kemudian Baginda bersama mendengar ceramah nuzul al-quran yang disampaikan oleh ustaz Roslan bin Che Ros.
Turut hadir pada Majlis tersebut Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong Kedah Brigadier Jeneral Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim, Kerabat DiRaja Kedah, Ketua-ketua Jabatan, Penghulu Mukim dan Pemimpin setempat.
DISEDIAKAN OLEH : HARNANI BINTI HARUN (PBSD PENDANG)
- JBS Kedah
- Hits: 114
