Kerajaan Negeri Kedah dengan kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah telah mengadakan Majlis Penghargaan Kepada Suresh A/l Selvatamby, atlet memanah para negara yang memenangi pingat emas di Kejohanan Memanah Para Dunia 2019, Hertogenbosch, Netherlands.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Dato Haji Mukhriz Bin Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah Darul Aman, diiringi oleh YB Asmirul Anuar Bin Aris, Exco Belia Dan Sukan Negeri Kedah, YB Halimaton Shaadiah Binti Saad,Exco Pembangunan Wanita, Masyarakat dan Pembasmi Kemiskinan, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah, Haji Mohd Salleh Bin Ramli, pegawai – pegawai dari Unit Pembangunan Sukan JBSNK serta tetamu jemputan di kalangan atlet para negeri kedah.
YAB Dato Mukhriz telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM5,000.00, sijil dan plak sebagai tanda penghargaan kerajaan Negeri Kedah di atas kejayaan Suresh yang berjaya mengharumkan nama negara dan Negeri Kedah.
DISEDIAKAN OLEH : HASNIWATI BINTI HALIM (JBSNK)
- JBS Kedah
- Hits: 147
