KEDAH, 4 JUN 2019 – Salam Lebaran dari kami dari warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah khususnya kepada seluruh umat islam yang meraikannya tidak kira walau dimana anda berada . Tak lupa juga buat semua warga Kedah yang selama ini sentiasa membantu dan memberikan sokongan dalam menjayakan semua program - program di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia di peringkat negeri. Akhir kata, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfirti, Maaf Zahir Dan Batin.
ALOR SETAR, 30 MEI 2019 – Cawangan Pembangunan Belia Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah (JBSNK) melalui Pejabat Belia Dan Sukan Daerah (PBSD) Kota Setar mengambil peluang Bulan Ramadhan yang mulia ini dengan aktiviti – aktiviti pemberian Bantuan Infaq Ramadhan kepada golongan ansaf baru – baru ini.
PBSD Kota Setar telah diberi tanggungjawab untuk mengenalpasti keluarga – keluarga kurang kemampuan bagi menyambut Aidilfitri tidak lama lagi sekurang – kurangya dapat meringankan beban persiapan Hari Raya. Rombongan yang diketuai oleh Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar, Cik Natrah Esa diiringi Pengerusi Majlis Belia Daerah (MBD) Kota Setar, saudara Shafizal Shafiee serta Pengerusi Kelab Rakan Muda (KRM) Alor Setar saudara Muhammad Shukran Muhammad Ribi telah ke beberapa lokasi di sekitar Daerah Kota Setar untuk menyalurkan Bantuan Infaq Ramadhan. Menurut Cik Natrah Esa berkata, bantuan ini adalah idea dari pihak JBSNK bertujuan meringankan beban kepada keluarga kurang upaya (asnaf) supaya insan ini tidak terpinggir kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada minggu hadapan.
Dalam masa yang beberapa pihak NGO’s telah bekerjsama menjayakan program ini disamping menyalurkan bantuan
DISEDIAKAN OLEH : MOHD AZRAI BIN NOOR AZHAR (PBSD KOTA SETAR)
ALOR SETAR, 30 MEI2019 – Bulan Ramadhan adalah bulan penuh kemuliaan yang dinantikan oleh seluruh umat Islam di serata dunia. Kelab Rakan Muda (KRM) Alor Setar sememangnya menantikan saat ini untuk sama – sama membantu golongan kurang upaya (asnaf) menghadapi bulan barakah ini penuh dengan kegembiraan.
Pada malam 23 Mei yang lalu KRM Alor Setar telah menganjurkan program Feed The Homeless dimana program ini menghulurkan makanan/minuman kepada gelandangan yang terdapat di sekitar bandar Alor Setar. Menurut Pengerusi KRM Alor Setar, saudara Muhammad Shukran Muhammad Ribi berkata, program ini sudah menjadi menjadi suatu kepastian setiap kali Bulan Ramadhan dimana pihak KRM Alor Setar akan mengumpul dana seterusnya menyalurkan kepada golongan asnaf, gelandangan serta individu – individu yang memerlukan. Selain itu juga, program ini seperti ini dapat menanam nilai – nilai kemuliaan, kesabaran dan kasih sayang antara umat Islam.
Tambah beliau program ini tidak akan berhenti setakat ini, malah pelbagai aktiviti telah diatur sepanjang Bulan Ramadhan kali ini dan berharap orang ramai khasnya dapat sama – sama menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD AZRAI BIN NOOR AZHAR (PBSD KOTA SETAR)
SUNGAI PETANI KEDAH, 30 MEI 2018 - Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) mengadakan Program masakan dan agihan bubur lambuk bertempat di Parkir perkarangan MPSPK. Program ini adalah sebagai salah satu program NBOS-MPSPK bersama Agensi Kerajaan, swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan masyarakat setempat bagi mengeratkan silaturrahim di antara MPSPK dan komuniti luar.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda juga dijemput untuk menjayakan Program ini. Setiap agensi diberi satu periuk dan bahan-bahan untuk memasak bubur lambuk yang dipimpin oleh seorang ketua chef dari MPSPK.
Bubur lambuk akan diagihkan kepada orang ramai di sekitar kawasan Sungai Petani.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD ABDUL AL ALIFF BIN HJ. JENAL (PBSD.KUALA MUDA)
YAN KEDAH, 30 MEI 2019 – Telah berlangsung Mesyuarat Penyelaran Fit Masjid Daerah Yan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Yan dengan dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Belia JBSNK, Encik Mohd Nizam Bin Mat Daud. Mesyuarat ini adalah bagi membincangkan pelaksanaan program Fit Masjid yang bakal dilaksanakn di Masjid Jamek Badlilshah Pekan Yan Kedah pada Mei 2019 nanti.
SUNGAI PETANI KEDAH, 30 MEI 2019 - Program Ais Carving/ Fruits telah berlangsung di Kolej Komuniti Sungai Petani anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kuala Muda dengan kerjasama Kelab Belia Taman Universiti, Kolej Komuniti Sungai Petani dan SMK Khir Johari. Kira - kira 40 orang peserta dan 2 orang guru pengiring daripada pelajar Smk Khir Johari, Kelab Belia Taman Universiti dan kakitangan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kuala Muda dan Yan juga yang turut sama menyertai program ini. Program ini bertujuan untuk melahirkan belia yang berkemahiran dan berkeyakinan disamping mewujudkan komuniti yang saling berhubungan baik di samping membantu peserta ARP dalam komponen kemahiran. Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Tuan Haji Mohd Salleh bin Ramli.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL ‘AIN BT MOHD ZAIN ( JBSNK)
SIK KEDAH, 30 MEI 2019 – Program Ekspedisi & Explorasi Rakan Muda Kreatif, Cinta Alam 2019 Peringkat Daerah Sik telah berlangsung di Hutan Lipur, Lata Hujan Lebat, Mukim Sok, Sik, Kedah Darul Aman baru – baru ini. Program ini disertai kira – kira 40 orang peserta dari kalangan pelajar sekolah menengah yang terlibat dalam Anugerah Remaja Perdana (ARP) Rakan Muda. Mallis Penutup telah disempurnakan oleh En. Mohd. Akhir Bin Abd. Razak, Penolong Pegawai Hutan Daerah Kedah Tengah. Turut hadir bersama Pn. Siti Salmiah binti Md Ani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik.
ALOR SETAR KEDAH, 29 MEI 2019 – Sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak tahun 1440H, Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar telah bekerjasama dengan Sekolah Menengah Agama Darussaadah (SMAD), Titi Besi bagi menjayakan Program Tadarus Al-Quran Rakan Muda Ramadhan Peringkat Daerah Kota Setar bertempat di Surau Tuan Guru Haji Othman.
Program yang berlangsung selama 15 hari bermula 1 Ramadhan dan akan berakhir pada 15 Ramadhan akan datang melibatkan 100 orang peserta lelaki serta perempuan berumur 15 tahun dan ke atas. Menurut Encik Muhamad Azrai Noor Azhar, Pegawai Unit Pembangunan Rakan Muda, Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar berkata, program ini merupakan program tahunan di bawah seliaan Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia namun pada 2017 serta 2018 program ini hanya melibatkan Majlis Khatam Al-Quran sahaja di Peringkat Negeri.
SMAD telah memberikan kerjasama yang baik dengan mengadakan majlis perasmian pada puasa ke-8. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Nurfahizan Bin Apandi, Penolong Pengarah Cawangan Pembangunan Rakan Muda, JBSNK.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD AZRAI BIN NOOR AZHAR (PBSD KOTA SETAR)
LANGKAWI, KEDAH – 29 MEI 2019, Program Cinta Alam Tanam Bakau bersama YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman merupakan salah satu program yang telah di rancang sempena dengan lawatan kerja YB ke Langkawi.
Bagi memastikan program itu dapat di laksanakan dengan jayanya, satu mesyuarat penyelarasan program bersama dengan Agensi-agensi kerajaan dan Swasta telah diadakan pada 21 Mac 2019, bertempat di Bilik Mesyuarat Kompleks Sukan Perahu Layar Kebangsaan.
Tujuan mesyuarat ini bagi membincangkan beberapa perkara yang memerlukan persetujuan dan kerjasama semua pihak untuk membantu memastikan kelancaran program yang akan di jalankan pada 28 Mac 2019 (Khamis) bertempat di Sungai Garam, Kilim.
Mesyuarat ini di pengerusikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Langkawi, Encik Abd Karim bin Mansor Ahmad Khan. Antara agensi-agensi yang hadir mesyuarat adalah Jabatan Bomba Dan Penyelamat , Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Ibu Pejabat Polis Daerah, Pejabat Daerah Langkawi, Jabatan Perhutanan Daerah,Koperasi Komuniti Kilim, Majlis Belia Malaysia (MBM), wakil Pejabat ADUN Kuah serta Penghulu Ayer Hangat bersama MPKK Kg Kilim.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI