- JBS Kedah
- Hits: 148
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL TAHAP GANGSA DAN PERAK ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA PERINGKAT DAERAH BANDAR BAHARU 2019
BANDAR BAHARU KEDAH, 16 JULAI 2019 – Satu majlis ringkas telah diadakan di Kompleks Sukan Komuniti Bandar Baharu bagi menyampaikan sijil tahap gangsa dan perak kepada peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Daerah Bandar Baharu. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Salleh bin Ramli, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dengan diiringi oleh Cikgu Raghbir Singh, Penyelaras ARPRM Sek Men Keb Serdang dan En Amir Syarifuddin bin Abdul Majid, Badan Operasi Persatuan Belia Melayu Aktif (PEBMA). Pada majlis tersebut, seramai 6 orang pelajar telah menerima sijil tahap gangsa manakala seramai 48 orang pelajar menerima sijil tahap perak. Sebelum majlis penyampaian sijil, para peserta telah berkongsi pengalaman berkaitan program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda bersama seorang calon Tahap Emas ARPRM iaitu Saudara Adam Muhammad bin Shaiful Annuar. Didalam perkongsian tersebut, saudara Adam banyak berkongsi pengalaman dan cabaran beliau ketika melaksanakan program ARPRM Tahap Emas.
DISEDIAKAN OLEH : NAZERAH BINTI MD NAJIB (PBSD BANDAR BAHARU)
- JBS Kedah
- Hits: 148
