SIK KEDAH, 26 MEI 2019 –Kursus Kepimpinan Pengurusan Organisasi (KPO) Tahap 1 2019 Daerah Sik telah pun diadakan pada 25 hingga 27 April 2019 yang lalu bertempat di KEDA Resort Bendang Man, Sik, Kedah DarulAman di sini.
Kursus yang telah dihadiri seramai 40 orang peserta ini adalah diharapkan akan menjadi pemangkin kepada barisan kepimpinanpersatuanbeliapadamasa hadapan khususnya untuk daerahSik.
Peserta didedahkan dengan pengetahuan dalam bidang pentadbiran pejabat seperti sistem fail, system surat menyurat, penyediaan minit mesyuarat, pengurusan kewangan/ akaun dan penyediaan kertas kerja. Selain itu juga, mereka ini diberikan aktiviti berkumpulan seperti explorace dimana semangat kerja berpasukan diperlukan dalam menghadapi cabaran ini.
Majlis Penutup dan Penyampian Sijil kursus ini telah disempurnakan oleh En. Mohd. Nizam Bin Md. Daud, Timbalan Pengarah Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Hadir bersama En. Wan Syahrin Bin Ali, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)
- JBS Kedah
- Hits: 148
