SIK KEDAH, 18 MAC 2019 – Penilaian Anugerah Perdana Belia Negeri (APBN) Kedah 2019 untuk Kategori Pertubuhan Belia telahpun selesai diadakan sesi penilaian ke atas Persatuan Belia Siam Kura bagi wakil Daerah Sik pada 11 Mac 2019 (Isnin) yang lalu di rumah Setiausaha Persatuan Belia Siam Kura, Mukim Jeneri, Sik, Kedah Darul Aman.
Persatuan Belia Siam Kura (PPBM 7257/11) yang memperolehi Sijil Pendaftaran dari Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) pada 25 April 2011 merupakan persatuan belia yang aktif di daerah Sik masuk bertanding untuk Kategori Pertubuhan Belia. Persatuan ini dipimpin oleh Yuthana A/L Boon Ma selaku Pengerusi. Keahlian persatuan ini adalah seramai 34 orang ahli persatuan giat aktif dalam melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan, kesukarelawanan dan pembangunan belia untuk komuniti setempat.
Sesi Penilian ini diketuai oleh En. Suhaimi Bin Md. Saad, Timbalan Pengarah IKBN Naka, En. Darul Aman Bin Mohamad Yusob, Penolong Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Utara dan Cik Nor Idayu Binti Andul Razak, Naib Presiden Majlis Belia Negeri (MBN) Kedah.
Hadir bersama En. Suphon A/L Kanong, Pegawai Khas Menteri Besar Kedah mewakili masyarakat Siam Kedah. Turut hadir bersama urusetia daripada Pegawai Bahagian Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Pn. Siti Salmiah Binti Md. Ani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik serta En. Wan Syahrin Bin Ali, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik.
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)
- JBS Kedah
- Hits: 194
