ALOR SETAR, 28 FEBRUARI 2019 – Kelab Belia Lestari Kampung Bohor yang telah diluluskan pendaftaran di bawah Akta Pertubuhan Persatuan Belia 2007 telahpun mengadakan Mesyuarat Agung Kali-1 bertempat di Homestay Kekabu Kampung Bohor, Alor Setar.
Mesyuarat kali-1 itu berjaya mengumpulkan sebilang besar belia - belia Kampung Bohor serta penduduk kampung tersebut. Pelbagai agenda telah disusun di dalam mesyuarat ini termasuklah perlantikan Jawatankuasa Tertinggi Kelab Belia Lestari Kampung Bohor. Turut disentuh adalah peranan jawatankuasa serta penglibatan ahli dalam program yang bakal dilaksanakan serta komitmen untuk terus menyokong aktiviti – aktiviti yang telah dirancang. Dalam pada itu, sokongan penduduk setempat juga memainkan peranan memastikan kelab tersebut bergerak aktif.
Mesyuarat tersebut telah disempurnakan oleh saudara Firdaus bin Dato’ Johari Abdul. Turut hadir Encik Darul Aman bin Mohd Yusub, Penolong Pendaftar, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Utara serta Cik Natrah Esa, Pegawai Belia Dan Sukan Negeri Kedah.
DISEDIAKAN OLEH : MUHAMMAD AZRAI BIN NOOR AZHAR (PBSD KOTA SETAR)
- JBS Kedah
- Hits: 189
