- JBS Kedah
- Hits: 169
PERTUBUHAN BELIA LANGKAWI DI SESI ENGAGEMENT PINDAAN AKTA PERTUBUHAN BELIA DAN PEMBANGUNAN BELIA 2007 (AKTA 668)
LANGKAWI KEDAH, 20 MAC 2019 – Bahagian Pembangunan Belia,Jabatan Belia dan sukan Negara dengan kerjasama Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik (BDS) serta Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia Malaysia telah melaksanakan Sesi Engagement bagi perlaksanaan Pindaan akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) bagi Zon Utara Perlis, Pulau Pinang dan Kedah sebagai tuan rumah bagi sesi Engagement tersebut.
Program Sesi Engagement bagi perlaksanaan Pindaan akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) telah di jalankan pada 24 Februari 2019 yang lalu bertempat di Auditorium Aras 1 Zon A, Wisma Persekutuan,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Anak Bukit. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Langkawi telah menghantar 4 orang wakil dari daripada Kelab Belia Belanga Pecah, Persatuan Belia Al-Taqwa Kg Kisap dan Gerakan Belia 4b Kawasan Langkawi ke program tersebut.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
- JBS Kedah
- Hits: 169
