- JBS Kedah
- Hits: 174
TAKLIMAT ANUGERAH REMAJA PERDANA (ARP) RAKAN MUDA PERINGKAT DAERAH KUALA MUDA KEPADA GURU- GURU SEKOLAH DAERAH KUALA MUDA/YAN
SUNGAI PETANI KEDAH, 18 MAC 2019 – Taklimat ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Taman Ria yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang dihadiri oleh En Muhamad Satir dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda/ Yan. Taklimat ini dihadiri oleh 48 orang guru kaunseling dari sekolah di daerah Kuala Muda/ Yan.
Wakil daripada PPD iaitu En Muhamad Satir memulakan taklimat tentang kaunseling pada guru - guru,disusuli oleh Pn Azawiyah berkenaan taklimat ARP. Tujuan taklimat ini untuk memperkenalkan dan mendedahkan guru-guru tentang kebaikan dan kelebihan ARP. Taklimat ini diteruskan oleh En Shafizal yang memberi tentang cara pelaksanaan dan maklumat yang teperinci tentang ARP kepada guru-guru. Puan Noriza merupakan seorang guru pembimbing di Sekolah Menengah Kebangsaan KhirJohari yang berpengalaman dalam ARP turut berkongsi pengalamannya dan maklumat berkenaan aktiviti yang dilakukan oleh pelajar ARP dibawah pimpinan beliau. Beliau juga merupakan seorang mentor yang telah membimbing pelajar-pelajarnya sehingga mencapai tahap emas.
Taklimat ini diakhiri dengan pemberiaan penghargaan daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda / Yan kepada En Muhammad Satir atas kerjasama dalam menjayakan taklimat ini.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD ABDUL AL ALIFF BIN HJ.JENAL (PBSD.KUALAMUDA)
- JBS Kedah
- Hits: 174
