BANDAR BAHARU KEDAH, 17 JANUARI 2019 – Pasukan Bola Jaring IPD Bandar Baharu giat menjalani latihan intensif untuk menyertai Pertandingan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negeri Kedah dengan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan dari IPD Kulim di Kompleks Sukan Komuniti Bandar Baharu. Komitmen dan semangat yang ditunjukkan oleh pemain-pemain amat memberangsangkan walaupun tidak memenangi perlawanan persahabatan tersebut. Dalam perlawanan persahabatan itu juga Ketua Polis Daerah Bandar Baharu DSP Barudin Wariso turut hadir memberikan sokongan di samping memberikan motivasi serta kata-kata semangat kepada pasukan tersebut. Selain perlawanan persahabatan tersebut itu pasukan ini giat menjalani latihan setiap hari di Kompleks Sukan Komuniti ini untuk menghadapi pertandingan tersebut.
DISEDIAKAN OLEH : RAMLI SANI BIN SOPIAN (PBSD BANDAR BAHARU)
DISEDIAKAN OLEH : RAMLI SANI BIN SOPIAN (PBSD BANDAR BAHARU)
- JBS Kedah
- Hits: 202
