LANGKAWI KEDAH, 24 MAC 2019 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Langkawi bersama dengan Kepimpinan Majlis Belia Daerah Langkawi, hadir bertemu dengan Pegawai Daerah Langkawi, Tuan Hj Muhammad Aroff Bin Darus pada 27 Februari 2019 yang lalu, bertempat di Pejabat Daerah Langkawi.
Pertemuan ini bertujuan membincangkan dan mendapat persetujuan daripada Tuan Pegawai Daerah Langkawi mengenai tarikh perlaksanaan, jemputan serta keperluan lain yang di fikirkan perlu bagi kelancaran Persidangan Majlis Perundingan Belia Sidang 1 Tahun 2019-2020 yang di jangka di laksanakan pada 12 Mac 2019 nanti.
Turut hadir bersama Pengerusi dan Timbalan Pengerusi1, Majlis Belia Daerah Langkawi.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
- JBS Kedah
- Hits: 237
