KUBANG PASU KEDAH, 4 MAC 2019 – Pertandingan Suara Burung Merbah Jambul di Kompleks Sukan Komuniti Jerlun pada 2 Mac 2019 (Sabtu) hari ini.
Pertandingan Suara Burung Merbah Jambul yang merupakan pertandingan burung yang terbuka kepada masyarakat di kawasan Jerlun. Pertandingan ini yang menilai suara burung yang merdu dan memenuhi kriteria seperti suara burung mana yang lebih kuat berbanding burung yang lain.
Pertandingan ini merupakan anjuran Kelab Peminat Burung Lana Bulu dan Pusat Perkhidmatan Parlimen Jerlun di kawasan Jerlun. Turut di hadiri wakil daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kubang Pasu, En Syed selaku staf di Kompleks Sukan Komuniti Jerlun.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL AMIRA BINTI MAZLAN (PBSD KUBANG PASU)
- JBS Kedah
- Hits: 201
