- JBS Kedah
- Hits: 223
SEPAKTAKRAW ANTARA BALAI-BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA SEMPADAN BERLANGSUNG MERIAH
BANDAR BAHARU, 6 MAC 2018 - Sebanyak 7 regu mengambil bahagian dalm Pertandingan Sepaktakraw antara balai-balai bomba sempadan yang berlangsung meriah di Kompleks Sukan Komuniti Daerah Bandar Baharu dekat sini. Antara pasukan tersebut ialah dari Kulim Hitec dan Serdang selaku tuan rumah, manakala pasukan dari Selama dan Parit Buntar mewakili Negeri Perak dan pasukan Nibong Tebal mewakili Negeri Pulau Pinang. Sebanyak dua gelanggang digunakan di dalam pertandingan tersebut yang bukan sahaja mencari pemenang tetapi yang lebih utama menjalinkan silaturrahim dan menyerap semangat kesukanan dalam pasukan yang bertanding. Tahniah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pekan Serdang, Kedah di atas penganjuran pertandingan ini.
DISEDIAKAN OLEH : RAMLI SANI BIN SOPIAN (PBSD BANDAR BAHARU)
- JBS Kedah
- Hits: 223
