- JBS Kedah
- Hits: 252
MAJLIS KELAB BELL BELIA TAMIL CAWANGAN LADANG SUNGAI RAYA TERUSKAN TRADISI PESTA PONGGAL LANGKAWI
LANGKAWI KEDAH, 22JANUARI 2019 – Pesta Ponggal akan diraikan pada pertengahan bulan Januari setiap tahun atau Thai Maasam (menurut Kalendar Tamil) yakni bersempenaan musim menuai. Perayaan ini amat dinanti-nantikan oleh kaum India dan diraikan secara besar-besaran sejak turun temurun lagi dengan pelbagai atur cara yang bersendikan kebudayaan. Perayaan Ponggal ini akan disambut selama empat hari berturut-turut. perayaan ini melambangkan kesyukuran masyarakat India dan mereka berharap tahun-tahun mendatang akan melimpahkan dengan rezeki yang berlipat ganda. Mengambil kesempatan meraikan perayaan Ponggal ini, ahli-ahli Majlis kelab Bell Belia Tamil cawangan Ladang Sungai Raya (MKBBT) dan Majlis Kelab Bell Belia Tamil Cawangan Kampung Belanga Pecah turut memainkan peranan dalam menjayakan Perayaan Ponggal yang di raikan baru-baru ini dekat sini. Turut hadir memeriahkan majlis Puan Nurul Fitriah Hj Drani mewakili Pejabat Belia dan Sukan Daerah Langkawi.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
- JBS Kedah
- Hits: 252
