BALING KEDAH, 28 FEBRUARI 2019 – Siri Perlawanan Bola Tampar Persahabatan di antara Kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Baling(PBSD Baling) bersama Agensi Kerajaan di Daerah Baling diteruskan lagi di mana kali ini kakitangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Baling (JKM Baling) pula telah menerima jemputan untuk menjadi seteru perlawanan pada kali ini.
Bertempat di Kompleks Rakan Muda Baling pada 7 Februari 2019 yang lalu, PBSD Baling telah melayan kunjungan dari kakitangan JKM Baling untuk mengadakan perlawanan persahabatan bol tampar.
Perlawanan yang bertujuan mengeratkan silaturahim diantara kedua-dua jabatan telah berlangsung dalam keadaan yang cukup harmoni dan penuh semangat kesukanan.
Acara ini diserikan lagi dengan kehadiran Pegawai JKM Daerah Baling iaitu Tuan Hj. Shamsul Izrin Bin Isahak bagi memberikan sokongan moral kepada kedua-dua pasukan.
Kami di PBSD Baling mengucapkan setingi-tinggi terima kasih atas kesudian JKm Baling untuk bersama-sama menjayakan perlawanan persahabatan ini. Diharapkan agar ukhwah yang telah terjalin ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang.
DISEDIAKAN OLEH : SHAH RIZAL BIN ISMAIL (PBSD BALING)
- JBS Kedah
- Hits: 214
