KULIM KEDAH, 18 MAC 2019 – Dataran Tasik Putra Kulim digegarkan dengan senamrobik Fit Malaysia yang bermula seawal jam 7.30 pagi hari ini.
Program anjuran Persatuan Senamrobik Daerah Kulim dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kulim ini bertujuan untuk menggalakkan penglibatan masyarakat setempat dalam aktiviti kecergasan tanpa mengira batas umur, bangsa, agama dan latar belakang.
Menurut Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kulim, Nur Iliani Mohd Zaki, program ini dilaksanakan di sini atas permintaan yang tinggi daripada penggemar senamrobik yang berulang kali memohon untuk dijadikan aktiviti mingguan.
“Senamrobik Fit Malaysia akan cuba dilaksanakan setiap hari Sabtu dan Ahad sepanjang tahun bagi memperluaskan lagi konsep sukan untuk semua demi menggalakkan masyarakat akar umbi untuk terlibat dalam aktiviti kecergasan di samping dilaksanakan di beberapa tempat lain yang berpotensi berdasarkan minat dan populariti di kalangan masyarakat setempat ”, katanya lagi.
DISEDIAKAN OLEH : FARIZA BT. GHAZALLI (PBSD KULIM)
- JBS Kedah
- Hits: 220
