SIK KEDAH, 14 MEI 2019 –Kayuhan Ziarah Cakna Hari Guru 2019 Peringkat Daerah Sik telah berlangsung dengan jayanya pada 27 April 2019 (Sabtu) yang lalu bertempat di Perkarangan Pejabat Pendidikan Daerah Sik, Batu 8, Sik, Kedah Darul Aman di sini.
Program anjuran Kelab Berbasikal Saujana (SCC) telah mendapat kerjasama dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sik dan Pejabat Belia danSukan Daerah Sik.
Kayuhan ini telah mendapat penyertaan sehingga 200 orang peserta yang melibatkan jarak sejauh 25km mengelilingi sekitar di Daerah Sik. Turut diadakan selepas peserta menamatkan kayuhan, acara cabutan hadiah bertuah.
Majlis Perasmian dan Pelepasan Kayuhan Ziarah Cakna Hari Guru 2019 Peringkat Daerah Sik telah disempurnakan oleh En. Amirulddin Bin Abd. Hamid, Pegawai Pendidkan Daerah Sik. Hadir samaEn. Hasli Bin Hussin, Timbalan Presiden (SCC) serta ahli jawatankuasa SCC.
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)
- JBS Kedah
- Hits: 143
