KUBANG PASU KEDAH, 19 MAC 2019 – Majlis Perundingan Belia Daerah Kubang Pasu Sidang 1/2019 di Pejabat Daerah Kubang Pasu pada11 Mac 2019 (Isnin) hari ini.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kubang Pasu dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Kubang Pasu telah mengadakan Persidangan Majlis Perundingan Belia Daerah Kubang Pasu (MPBD). Persidangan MPBD berfungsi sebagai wadah atau forum tempat para pemimpin belia dan pemimpin kerajaan membincangkan isu-isu berhubung perkembangan generasi muda dalam membuat dasar serta menyusun langkah-langkah yang sewajarnya demi menjamin keterlibatan dan sumbangan para belia terhadap Negeri dan Negara amnya serta Daerah Kubang Pasu khususnya.
Majlis Perundingan yang di Pengerusikan oleh En. Mohd Fisol, Pegawai Daerah Kubang Pasu serta En. Saiful Nizam, Pengerusi Majlis Belia Daerah Kubang Pasu dan pakar rujuk serta agensi – agensi kerajaan yang turut berada di dalam majlis persidangan.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL AMIRA BINTI MAZLAN (PBSD KUBANG PASU)
- JBS Kedah
- Hits: 173
