- JBS Kedah
- Hits: 200
PROGRAM WOMEN FITNESS WORKSHOP @BALING BERI PENDEDAHAN GAYA HIDUP SIHAT KEPADA WANITA
BALING KEDAH, 28 FEBRUARI 2019 – Porgram Women Fitness Workshop @Baling yang dianjurkan pada hari ini adalh bertujuan memberi pendedahan kepada kaum Wanita terutamanya dalam menjadikan sukan dan kecergasan sebagai gaya hidup.
Program yang dianjurkan oleh PBSD Baling ini adalah bersempena dengan program FitMalaysia @Komuniti Daerah Baling 2019 dan salah satu tujuannya adalah untuk memberi ilmu pengetahuan kepada kaum wanita berkenaan dengan aktiviti kecergasan yang boleh mereka lakukan sendiri di rumah dan seterusnya agar ia menjadi rutin seharian kaum wanita agar terus kekal sihat dan aktif.
Bertepatan dengan Dasar Belia Malaysia yang mana terkandung dalam Konsep II: Holistik dan berpandukan perlembagaan persekutuan yang memfokuskan kepada salah satu daripada 9 bidang keutamaan belia yang perlu dititikberatkan iaitu Gaya hidup sihat dan sejahtera, program ini dilihat amat relevan bagi mencapai objketif berkenaan.
Diharapkan program seperti ini dapat diadakan secara bersiri atau berkala agar gaya hidup sihat dan sejahtera dapat diamalkan secara berterusan dan tidak bermusim.
DISEDIAKAN OLEH : SHAH RIZAL BIN ISMAIL (PBSD BALING)
- JBS Kedah
- Hits: 200
