- JBS Kedah
- Hits: 217
KUNJUNG HORMAT AHLI JAWATANKUASA KERJA PEMULIHAN DADAH (JKPD) DAERAH SIK KE PEJABAT AGAMA DAERAH SIK
SIK KEDAH, 27 JANUARI 2019 – Satu rombongan Kunjung Hormat Ahli Jawatankuasa Kerja Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Sik telah dibuat ke Pejabat Agama Daerah Sik pada 24 Januari 2019 (Khamis) yang lalu bertempat di Pejabat Agama Daerah Sik, Kedah Darul Aman disini.
Kunjungan JKPD ini adalah bertujuan untuk bertemu dengan Pegawai Agama Daerah Sik dalam bertukar-tukar pandangan serta maklumat dalam menangani kegiatan tidak sihat di kalangan anak-anak muda berkaitan penyalahgunaan dadah di sekitar Daerah Sik ini.
Dalam kunjungan JKPD ini, telah dihadiri dan diketuai oleh Hj. Salleh Bin Ahmad, Pengerusi JKPD Daerah Sik. Hadir bersama En. Roslin Bin Baharom, Ketua Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sik. Hadir mempengerusikan perjumpaan ini, Tn. Sheikh Alwi Bin Hj. Othman, Pegawai Agama Daerah Sik. Turut hadir bersama Pn. Siti Salmiah Binti Md. Ani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik selaku AJK JKPD Daerah Sik serta barisan Ahli Jawatankuasa yang lain.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)
- JBS Kedah
- Hits: 217
