SIK KEDAH, 14 OGOS 2019 –Program Kempen Keselamatan Kanak-Kanak Sahabat Bijak Safe & Protect Daerah Sik telah pun diadakan pada 25 Julai 2019 (Khamis) yang lalu bertempat di Dewan Sekolah Menengah KebangsaanJeneri, Sik, Kedah Darul Aman di sini.
Program anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Sik dengan kerjasama SMK Jeneri dan pelbagai agensi berkaitan termasuk Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik telah berjaya memberikan input-input perlindungan terhadap kanak-kanak untuk kempen kesedaran perlindungan terhadap mereka.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh En. Mohd. Nazri Bin Abu Hassan, Penyelaras Pusat Khidmat Rakyat DUN Jeneri. Hadir bersama En. Yahya Bin Mat Khatib, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Sik, En. Mazlan Bin Ali, Pengetua SMK Jeneri dan turut hadir Pn. Siti Salmiah Binti Md. Ani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)
- JBS Kedah
- Hits: 701
