SIK KEDAH, 28 OGOS 2019 – Kampung Pinang Mukim Sok, dipilih untuk menjadi lokasi untuk Program Mini Simulasi Bencana Di Pusat Latihan Bencana yang telah berlangsung pada 22 Ogos 2019 (Khamis) yang lalu bertempat di Sik, Kedah Darul Aman disini.
Program anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Sik turut mendapat kerjasama dan sokongan daripada penduduk setempat dalam menjayakan aktiviti ini.
Anatara pengisian aktiviti program ini adalah diberi latihan berkaitan menghadapi bencana adalah peranan dan pengurusan APM, penyediaan makanan dan kebersihan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Sik, keselamatan oleh IPD Sik dan pengurusan bencana oleh Pejabat Daerah Sik.
Majlis Penutup Program Mini Simulasi Bencana Di Pusat Latihan Bencana ini telah disempurnakan oleh Ybhg. Dato’ Hj. Bukhari Bin Abdullah, Pegawai Daerah Sik. Hadir bersama En. Azmi Bin Abd. Karim, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah dan En. Yahya Bin Mat Khatib, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Sik. Turut hadir bersama, En. Abdul Rashid Bin Abdullah, Penyelaras DUN Belantek dan Pn. Siti Salmiah Binti Md. Ani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik.
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)
- JBS Kedah
- Hits: 469
