- JBS Kedah
- Hits: 473
PROGRAM SERIBU LANGKAH PEMBUKA KALENDAR ACARA BULAN SUKAN NEGARA 2019 DAERAH SIK
SIK KEDAH, 08 OKTOBER 2019 – Program Seribu Langkah pembuka kalendar acara
Bulan Sukan Negara 2019 Daerah Sik telahpun diadakan pada 03 Oktober 2019 (Khamis) yang lalu bertempat di Dataran Sik Lestari, Sik, Kedah Darul Aman disini.
Program yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Sik telah menarik minat penyertaan sebanyak 100 orang yang terdiri daripada kakitangan awam antaranya Majlis Daerah Sik, Pejabat Daerah dan Tanah Sik, JKM Sik, Rela Sik, JKR Sik, IPD Sik dan tidak ketinggalan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik.
Acara pelepasan dan perasmian telahpun disempurnakan oleh Ybhg. Dato’ Hj. Bukhari Bin Abdullah, Pegawai Daerah Sik.
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)
- JBS Kedah
- Hits: 473
