- JBS Kedah
- Hits: 410
MAJLIS PENYAMPIAN SIJIL PENGHARGAAN DI SAMBUTAN PELANCARAN BULAN SUKAN NEGARA 2019 PERINGKAT DAERAH SIK
SIK KEDAH, 7 NOVEMBER 2019 – Majlis Penyampian Sijil Penghargaan Kembara Berakit Sayangi Sungai Kita di Majlis Sambutan Pelancaran Bulan Sukan Negara 2019 Peringkat Daerah Sik telahpun diadakan dengan jayanya 10 Oktober 2019 (Khamis) yang lalu bertempat di Dataran Sik Lestari, Sik, Kedah Darul Aman disini.
Seramai 10 orang ahli berakit yang terdiri daripada Kampung Pokok Jerai, Mukim Jeneri telah hadir menerima Sijil Penghargaan di majlis tersebut. Kembara Berakit Sayangi Sungai Kita ini telahpun diadakan pada 12 hingga 20 September 2019 yang bermula dari Kampung Kuala Kerik, Sik dan berakhir di Jambatan Merdeka Bumbung 5 Seberang Perai Utara yang melibatkan jarak pelayaran sejauh 103 km dengan menempuh 86 jeram yang cukup mencabar.
Majlis Penyampian Sijil Penghargaan Kembara Berakit Sayangi Sungai Kita telah disempurnakan oleh YB. Asmirul Anuar Bin Aris, EXCO Belia & Sukan Negeri Kedah. Hadir bersama Ybhg. Dato’ Hj. Bukhari Bin Abdullah, Pegawai Daerah Sik, En. Mohd Nizam Bin Md. Daud, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dan Pn. Siti Salmiah Binti Md. Ani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik,.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)
- JBS Kedah
- Hits: 410
