KULIM, KEDAH – Program Perkhemahan Perdana Peringkat Masjid Al – Muhtadin Sungai Seluang telah diadakan di Masjid Al – Muhtadin Sungai Seluang anjuran bersama Kariah Masjid Al – Muhtadin Sungai Seluang Lunas, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kulim, Majlis Belia Daerah Kulim dan Persatuan Rekreasi Daerah Kulim. Antara pengisian program ialah taklimat dan demonstrasi pertolongan cemas daripada Persatuan Bulan Sabit Merah, kraf perkhemahan, night walk (burung hantu), qiamullail, dan sesi pertemuan bersama ibu bapa peserta. Program ini mendapat sambutan yang baik dengan penyertaan seramai 60 orang peserta berumur antara 9 – 15 tahun di sekitar kariah Sungai Seluang. Program ini telah dirasmikan oleh Penghulu Mukim Sungai Seluang/Padang Cina, Encik Mohd Azlan bin Jusoh.
- JBS Kedah
- Hits: 715
