POKOK SENA, KEDAH – 26 FEBRUARI 2020 – Pelbagai cara dan kaedah dapat di jalankan untuk kecergasan diri dengan melakukan aktiviti bersenam antaranya aktiviti berjalan, berbasikal dan lain-lain. Senaman juga dapat menghilangkan tekanan kerja seharian kita.
Bagi melihat warga Daerah Pokok Sena hidup dengan sihat dan cergas, pihak Pengurusan Klinik Kesihatan Pokok Sena, telah mengadakan kelas senamrobik pada setiap hari Khamis Jam 8.00 pagi hingga 9.00 pagi bertempat di Perkarangan tempat letak kereta, berdekatan klinik tersebut. Wakil dari Pejabat Belia dan Sukan Pokok Sena turut hadir bagi menyokong usaha murni mereka untuk melihat masyarakat setempat hidup dalam keadaan sihat dan cergas.
Dua orang Instruktor bertauliah dari Klinik tersebut yang mengendalikan setiap sesi senamrobik.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD POKOK SENA)
- JBS Kedah
- Hits: 550
