SIK KEDAH, 09 MAC 2020 – Satu sesi penerangan taklimat berkaitan Skim Perlindungan Diri iaitu CUEPACSCare telahpun diadakan pada 05 Mac 2020 (Khamis) yang lalu bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik, Kedah Darul Aman disini.
Antara pengisian pada sesi penerangan tersebut adalah Skim Perlindungan Diri/Keluarga dan Skim Perlindungan Kemalangan.
Taklimat ini telah dihadiri dan diikuti oleh semua kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik.
Penerangan taklimat ini telah disampaikan oleh Pn. Syaril Syareena Binti Mohamed Tambah.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)
- JBS Kedah
- Hits: 595
