POKOK SENA KEDAH, 16 FEBRUARI 2020 – Memasuki tahun baru 2020,cabaran kerja akan bertambah mengikut situasi semasa dan arahan dari pihak atasan. Oleh itu hari ini telah mengadakan satu mesyuarat Pengurusan PBSD Pokok Sena Bil 1/2020 bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena. Kehadiran antaranya Encik Hafiz Bin Shaufit Affandi , Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Encik Khairul Anuar Bin Mohd Salleh, Pembantu tadbir, Puan Siti Noriah Bt Abdul Razak dan Puan Nurul Fitriah Bt Hj Drani kedua-duanya S19/22 (Kup).
Beberapa isu dan perkara di dibincangkan antaranya Pelupusan aset, permohonan Kompleks Sukan Komuniti Pokok Sena serta kecerian pejabat. Selain itu Pengerusi turut menekankan perkara-perkara yang perlu dititikberatkan oleh semua kakitangan antaranya kemuafakatan,bekerjasama dan saling membantu dalam mengerakkan aktiviti dan juga kelancaran pengurusan pejabat.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD POKOK SENA)
- JBS Kedah
- Hits: 119
