POKOK SENA KEDAH, 9 MAC 2020 – Puspanita Cawangan Pokok Sena telah mengadakan Mesyuarat Agong di bilik mesyuarat Pejabat Daerah Pokok Sena pada 11 Febuari baru-baru ini. Mesyuarat ini dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah Pokok Sena, Tuan Hj.Mohd Shahadan bin Abdullah.
Mesyuarat ini telah dihadiri seramai 36 ahli Puspanita yang mewakil agensi masing-masing. Dua kakitangan dari Pejabat Belia Sukan Pokok Sena juga turut menghadiri mesyuarat agung puspanita daerah pokok sena kali ke-5 bagi tahun 2020 ini.
Sekalung tahniah kepada Puan Siti Noriah bt Abd Radzak kerana di lantik sebagai Ketua Biro Sukan Puspanita Cawangan Pokok Sena.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD POKOK SENA)
- JBS Kedah
- Hits: 556
