- JBS Kedah
- Hits: 555
MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI KEDAH SESI 2019 - 2020, SIDANG II, PENGGAL KE – 32
KEDAH, 6 SEPTEMBER 2020 – Telah berlangsung Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Kedah Sesi 2019 - 2020, Sidang II, Penggal ke - 32 pada 3 September 2020 baru-baru ini di Bilik Gerakan Wisma Anak Darul Aman dengan dipengerusikan oleh YB Tuan Mohd Firdaus Ahmad, Exco Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan dan Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Kedah. Persidangan ini menjadi platform kepada para belia dalam melontarkan idea dan pandangan disamping membahaskan isu dan masalah yang dihadapi dalam proses pembangunan pada semua peringkat.
Persidangan kali ini dihadiri seramai 99 orang terdiri daripada Agensi Kerajaan dan Ahli Majlis Belia Negeri Kedah serta badan gabungannya. Turut hadir ke persidangan tersebut Puan Siti Hasmah binti Hassan, Pemangku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah yang juga merupakan Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Belia,Cik Natrah Binti Esa, Penolong Pengarah Rakan Muda, Encik Mohd Izuan bin Saidin, Pegawai Pembangunan Sosial, dan Pemangku Presiden Majlis Belia Negeri Kedah, saudara Hamdan bin Jamel.
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung khususnya barisan ahli Majlis Belia Negeri Kedah yang bertungkus lumus dengan sekretariat MPBN Kedah dalam memastikan pelaksanaan Majlis Persidangan berjalan dengan baik dan lancar.
- JBS Kedah
- Hits: 555
