KEDAH, 13 OGOS 2019 – Telah berlangsungnya Perhimpunan Bulanan Pegawai dan Kakitangan JBSNK di Wisma Persekutuan Anak Bukit baru - baru ini. Perhimpunan ini amnya adalah bertujuan untuk menghimpunkan semua kakitangan JBSNK di Ibu Pejabat termasuk seluruh PBSD di Negeri Kedah bagi sama - sama berkumpul dan mendengar amanat Tuan pengarah. Selain itu, perhimpunan ini juga dapat mengeratkan silaturrahim pegawai dan kakitangan sambil berbincang dan bertukar - tukar pandangan antara satu sama lain.
Majlis ini turut meraikan Hari Lahir kakitangan serta penyampaian cenderahati sebagai penghargaan bagi pekerja terbaik bulanan kepada pegawai dan kakitangan yang terpilih dan layak. Majlis diakhiri dengan acara memotong kek dan bergambar kenangan.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL ‘AIN BINTI MOHD ZAIN (JBSNK)
- JBS Kedah
- Hits: 163
