SIK KEDAH, 28 JULAI 2020 – Penilaian Anugerah Perdana Belia Negera (APBN) Peringkat Negeri Kedah 2020 untuk Kategori Pertubuhan/Persatuan Belia telahpun selesai diadakan sesi penilaian ke atas Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah Sik bagi wakil Daerah Sik pada 22 Julai 2020 (Rabu) yang lalu bertempat di Rumah Gemilang, Sik, Kedah Darul Aman disini.
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah Sik (PPBM 0028-1853/09) yang memperolehi Sijil Perakuan Pendaftaran dari Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) pada 19 Februari 2009 merupakan persatuan belia yang aktif di daerah Sik menyahut cabaran masuk bertanding untuk Kategori Pertubuhan Belia. Persatuan ini dipimpin oleh Ust. Mohd Syukri Bin Kamis selaku Pengerusi. ABIM Daerah Sik merupakan persatuan yang bergiat aktif dalam melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan, kesukarelawanan dan pembangunan belia untuk komuniti setempat.
Sesi Penilian ini diketuai oleh En. Suhaimi Bin Md. Saad, Timbalan Pengarah IKBN Naka, En. Joshuanathan, Pegawai Pendidikan IKBN Jitra dan En. Chin Loo Teik, Naib Pengerusi MBN Kedah.
Hadir bersama urusetia Unit Sahsiah, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Pn. Siti Salmiah Binti Md. Ani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik serta En. Wan Syahrin Bin Ali, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik.
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)
SIK KEDAH, 28 JULAI 2020 – Banjir kilat telah melanda Daerah Sik pada 26 Julai 2020 yang lalu berikutan hujan lebat, angin kuat beserta guruh dan kilat di daerah ini telah mengakibatkan beberapa kawasan dinaiki air.
Pasukan penyelamat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sik telah menggerakkan beberapa aset dan anggotanya untuk kerja-kerja menyelamat mangsa-mangsa banjir serta memantau paras air di sekitar daerah ini.
Kawasan terlibat dengan banjir kilat ini antaranya Kg. Lubuk Tualang, Kg. Tanjung Setar, Kg. Kemelong di Mukim Sik dan di Mukim Sok ialah Kg. Landai. Bilangan rumah terjejas adalah 23 buah rumah.
Pusat Kecemasan Operasi Daerah (PKOD) Sik telah menyerahkan kit makanan kepada keluarga mangsa yang terjejas banjir.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)
SIK KEDAH, 28 JULAI 2020 – Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan untuk PBSD Sik telahpun dilakukan pada 27 Julai 2020 (Isnin) yang lalu bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik, Sik, Kedah Darul Aman disini.
Antara dokumen dalam pemeriksaan aset yang diperiksa adalah seperti KEW. PA 2, KEW. PA 3 dan KEW. PA 14.
Turut dilakukan bersama dalam pemeriksaan ini adalah Buku Daftar Setem dan senarai kepatuhan terhadap Peraturan Keselamatan Pejabat.
Pemeriksaan ini dilaksanakan oleh Cik Natrah Binti Esa, Penolong Pengarah Rakan Muda merangkap Pegawai Aset JBSN Kedah dan En. Hazane Bin Muhamad Alwi, Pegawai Tadbir JBSN Kedah. Hadir bersama Pn. Siti Salmiah Bin Md. Ani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik.
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK
BALING , 28 JULAI 2020 - Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Baling (PBSD Baling) telah diminta untuk menjadi penasihat dan jurupandu aktiviti kecergasan Pegawai dan kakitangan IPD Baling bertempat di Gunung Jerai , Kedah pada 25 Julai 2020 (Sabtu) yang lalu .
Aktiviti ini adalah salah satu aktiviti kecergasan IPD Baling yang sentiasa menggalakkan semua anggota dan kakitangan IPD Baling sentiasa cergas dan sihat. Turut hadir adalah Supt. Syed Basri, Ketua Polis Daerah Baling dan pegawai kanan IPD Baling serta anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Program ini merupakan satu kolaborasi antara agensi-agensi kerajaan dalam daerah Baling.
DISEDIAKAN OLEH: MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
BALING , 28 JULAI 2020 – Satu sesi penilaian Anugerah Perdana Belia Negara Tahun 2020 kategori Pertubuhan telah dijalankan di Bilik Mesyuarat , Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Baling . Kelab Rakan Muda Baling (KRMB) yang menjadi calon telah dinilai oleh tiga orang panel penilai yang terdiri dari pegawai Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Majlis Belia Negeri Kedah .
Turut hadir ialah Pegawai Belia dan Sukan dari Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah dan Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Baling .
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
BALING , 28 JULAI 2020 – Pegawai Belia dan Sukan Daerah Baling mengambil kesempatan untuk melawat mangsa banjir hari ini di kawasan yang terjejas teruk di Kampung Masjid Tiak, Kupang dan turut sama membantu kerja-kerja mencuci rumah mangsa. Bencana banjir di kampung ini baru pertama kali terjadi dan ia mengejutkan penduduk kampung tersebut di mana air setinggi hampir 1 meter telah menenggelamkan separuh dari rumah penduduk.
Kebanyakan barangan tidak dapat diselamatkan. Turut hadir adalah pegawai dari Pejabat Daerah Baling, anggota APM, Majlis Daerah Baling, anggota Rela, badan NGO dan SADA yang juga ada bersama untuk pembekalan air bersih kepada penduduk kampung yang terjejas.
DISEDIAKAN OLEH: MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
Belia Daerah Negeri Kedah Darul Aman telah diadakan di Hotel Seri Baling Inn , Kedah pada 24 Julai 2020 (Jumaat) yang lalu .
Program ini diadakan sebagai perjumpaan semua pengerusi dan setiausaha Majlis Belia Daerah (MBD) dari semua daerah dan untuk membincangkan isu-isu semasa belia dan penambahbaikan pentadbiran MBD seluruh negeri Kedah .
Program ini telah dihadiri oleh Sdr. Hamdan Jamel , Pemangku Presiden Majlis Belia Negeri Kedah , Pn. Hasmah Binti Hassan , Timbalan Pengarah (Belia) Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah , dan juga Pn. Maizatul Akmam Binti Adam , Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Baling .
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
BALING , 28 JULAI 2020 – Seramai 300 orang peserta telah menyertai Kayuhan Mahabbah Baling 2020 pada 25 Julai 2020 (Sabtu) lalu dan telah berlepas pada pukul 8.30 pagi bermula di Kompleks Rakan Muda Baling .
Perasmian berlepas acara Kayuhan Mahabbah Baling 2020 anjuran Kelab Berbasikal Bayu Baling ini telah dirasmikan oleh Dato’ Hj. Harun Bin Abdul Aziz , Pengerusi Persatuan Bola Sepak Daerah Baling .
Program ini telah menghimpunkan peminat sukan berbasikal bukan sahaja dari daerah Baling malah dari luar Baling untuk sama-sama menyertai Kayuhan Mahabbah Baling 2020 untuk mengeratkan lagi hubungan di samping mengisi masa lapang dengan aktiviti kegemaran mereka .
Para peserta mengakhiri kayuhan sejauh 62 kilometer dengan jayanya di Pejabat ADUN Kuala Ketil dan telah disambut oleh YB. Mejar (B) Mansor Bin Zakaria , ADUN Kuala Ketil .
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
BALING , 28 JULAI 2020 – Satu program sembang santai di antara pemimpin-pemimpin belia negeri Kedah telah diadakan pada 24 Julai 2020 (Jumaat) yang lalu bertempat di Hotel Seri Baling Inn , Kedah .
Program ini telah dihadiri oleh semua pemimpin Majlis Belia Daerah Negeri Kedah bagi membicarakan tentang isu semasa dan hal ehwal pentadbiran di daerah masing-masing .
Turut hadir ke majlis ini ialah Sdr.Hamdan Jamel , Pemangku Presiden Majlis Belia Negeri Kedah dan Pn.Maizatul Akmam Bin Adam , Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Baling .
DISEDIAKAN OLEH: MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)