ALOR SETAR KEDAH, 6 OKTOBER 2020 - Seluruh warga Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat bertugas kepada Puan Nazifah binti Muhamad selaku Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar yang baru. Tahniah atas kenaikan pangkat dan selamat bertugas di tempat baru puan. Semoga terus cemerlang di masa akan datang.
DISEDIAKAN OLEH : JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGER KEDAH.
ALOR SETAR KEDAH, 6 OKTOBER 2020 -“Patah tumbuh hilang berganti” demikianlah pepatah yang mampu diungkap apabila Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah telah menerima seorang pegawai yang bakal menggantikan posisi Cik Natrah yang telah bertukar ke Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang. Pegawai yang dimaksudkan adalah Puan Salwa binti Senawi. Semoga dengan ilmu dan pengalaman yang ada pada beliau dapat meneruskan lagi kejayaan dalam Unit Rakan Muda justeru mengharumkan nama Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah.
DISEDIAKAN OLEH : JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGER KEDAH.
ALOR SETAR KEDAH, 5 OKTOBER 2020 – Sekalung ucapan tahniah kepada Cik Natrah binti Esa atas kenaikan pangkat dan pertukaran beliau ke Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang. Cik Natrah merupakan Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda dan telah berkhidmat lebih kurang 6 tahun di Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah. Ribuan terima kasih diucapkan atas kerjasama dan sumbangan yang telah diberikan selama ini. Satu majlis kecil-kecilan turut dianjurkan sebagai penghargaan disamping penyerahan cenderahati kenangan dari rakan-rakan dan Kelab Sukan Dan Kebajikan JBSNK. Semoga ikatan yang terjalin antara kita semua akan kekal selamanya.
DISEDIAKAN OLEH : JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGER KEDAH.
KUALA NERANG KEDAH, 1 OKTOBER 2020 – Mini Stadium Kuala Nerang akan diberikan nafas serta pengurusan baru supaya dapat dimaksimumkan lagi penggunaannya selepas ini. Perbincangan serta Lawatan tapak oleh Setiausaha Majlis Daerah Padang Terap, En. Muhammad Nur Ihsan Bin Yahya bersama-sama dengan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap, En. Mohd Farizan Bin Mat Arshad untuk melihat jenis-jenis penyelenggaraan serta penambahbaikan mini stadium tersebut. Turut hadir wakil daripada Kelab Bolasepak KN Kiara.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD SYAFIQ BIN ABDULAH (PBSD PADANG TERAP)
SIK KEDAH, 01 OKTOBER 2020 – Satu perbincangan antara PBSD Sik dengan Penggerak Persatuan Silat Daerah Sik telahpun diadakan pada 22 September 2020 (Selasa) yang lalu bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik, Sik, Kedah Darul Aman disini.
Perbincangan ini diadakan adalah untuk mengumpulkan penggerak Persatuan Silat dalam Daerah Sik bersama-sama dengan YB. Ahli Parlimen Sik pada bulan Oktober 2020 nanti.
Selain itu juga, ianya bertujuan untuk mendapatkan pandangan serta maklum balas aktiviti silat dan jumlah keahliannya serta cakna akan hala tuju persatuan ini dengan pengisian aktiviti/program yang akan diadakan dalam masa terdekat nanti.
Hadir di perjumpaan tersebut, Pn. Siti Salmiah Binti Md. Ani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik. Hadir bersama Pengerusi-Pengerusi Silat Daerah Sik.
BALING, 30 SEPTEMBER 2020 – Mesyuarat tapak naiktaraf Kompleks Rakan Muda Baling kali keempat telah diadakan pada 23 September 2020 yang lalu. Intipati mesyuarat ini ialah membincangkan laporan kemajuan kerja-kerja naiktaraf Kompleks Rakan Muda Baling .
Ahli mesyuarat yang hadir terdiri daripada wakil kontraktor , wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) dan wakil Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Baling .
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
BALING, 30 SEPTEMBER 2020 – Baru-baru ini telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Baling Bil.01/2020 pada 24 September 2020 di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Baling . Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohd Shahadan Bin Haji Abdullah , Pegawai Daerah Baling dengan dihadiri oleh semua agensi-agensi daerah Baling yang terlibat.
Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan tentang tindakan agensi untuk pembangunan sosio-masyarakat khususnya kepada golongan yang memerlukan di daerah Baling .
Pengerusi telah memberi taklimat penuh berkenaan matlamat , peranan serta tugas ahli-ahli Jawatankuasa Mesyuarat JTPD Baling . Mesyuarat telah berlangsung dengan lancar dan sempurna dalam masa yang singkat disamping pematuhan dalam Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ketika ini. Turut hadir ialah En.Danial Shamad Kesvan Abdullah , pegawai Unit Belia PBSD Baling ,
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
BALING , 30 SEPTEMBER 2020 – Satu mesyuarat yang dikenali sebagai Mesyuarat ‘Focus Group’ Daerah Baling Bil.03/2020 telah diadakan pada 23 September 2020 di Pejabat Daerah Dan Tanah Baling . Intipati utama dalam mesyuarat ini adalah untuk membincangkan dan mengesahkan status permohonan bantuan kepada golongan yang memerlukan di daerah Baling .
Selain itu , pihak ICU Negeri Kedah telah memberi taklimat penuh berkenaan matlamat , peranan serta tugas ahli-ahli Jawatankuasa Mesyuarat ‘Focus Group’ . Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohd Shahadan Bin Haji Abdullah , Pegawai Daerah Baling .
Antara ahli jemputan dan ahli mesyuarat yang turut hadir ialah wakil ahli parlimen dan DUN daerah Baling , pegawai Kemajuan Negeri Kedah (ICU) , Jabatan Kerja Raya (JKR) , Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) , Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) , Pejabat Zakat , Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) , dan wakil-wakil agensi kerajaan daerah Baling yang lain . Turut hadir adalah semua Penghulu Mukim daerah Baling.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
BALING , 30 SEPTEMBER 2020 – Satu mesyuarat Jawatankuasa Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Baling telah diadakan pada 25 September 2020 di Pejabat GB4B Kawasan Baling. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah sebagai satu agenda tahunan bagi setiap persatuan Belia dalam usaha menyiapkan MYKD untuk dihantar kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia, Kementerian Belia Dan Sukan. Ia telah dihadiri oleh Kepimpinan 4B Kawasan berkenaan termasuk ahli akar umbi.
Mesyuarat ini turut disertai oleh En. Hamdi Bin Keruneh , Pengerusi Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Baling , En. Lokman Bin Mahmud , Naib Pengerusi Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Baling dan En. Danial Shamad Kesvan Abdullah , Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Baling .
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)