- JBS Kedah
- Hits: 426
MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM MERDEKA@KOMUNITI 2020 PERINGKAT MUKIM SOK, DAERAH SIK.
SIK KEDAH, 27 SEPTEMBER 2020 – Mesyuarat Penyelarasan Program Merdeka@Komuniti 2020 Peringkat Mukim Sok, Daerah Sik telahpun diadakan pada 09 September 2020 (Rabu) bertempat di Dewan Orang Ramai, Kg. KEDA Kota Aur, Mukim Sok, Sik, Kedah Darul Aman disini.
Pada mesyuarat tersebut, telah ditetapkan bahawa pelaksanaan program ini akan dilaksanakan pada 12 September 2020 (Sabtu) di Dewan Orang Ramai, Kg. KEDA Kota Aur, Sik.
Beberapa pengisian acara telah dibincangkan pada mesyuarat tersebut dan senarai tetamu jemputan yang dijangka akan hadir dengan mengambil kira pematuhan SOP dari Pejabat Kesihatan Daerah.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Penolong Pegawai Penerangan Daerah Sik. Turut hadir bersama Pn. Siti Salmiah Binti Md. Ani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik dan AJK 4P Kg. KEDA Kota Aur, Mukim Sok.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)
- JBS Kedah
- Hits: 426
