PENDANG KEDAH, 14 OKTOBER 2020 – Program Family On Alert “Pencegahan dadah Bermula Dari Rumah” anjuran bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Pendang, Pejabat Perpaduan dan Integriti Nasional Daerah Pendang dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pendang melibatkan golongan belia dan Kawasan Rukun Tetangga seramai 40 orang.
Program bermula jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Semai Bakti Felda Sungai Tiang dengan pengisian ceramah mengenai bagaimana mencegah aktiviti penyalahgunaan dadah di kalangan belia daripada penceramah jemputan dan juga peranan seisi keluarga dalam membendung gejala ini.
Majlis Penutup disempurnakan oleh Pegawai Anti Dadah Kebangsaan Daerah Pendang. Turut hadir Pegawai Perpaduan Daerah Pendang,Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pendang dan pemimpin setempat.
DISEDIAKAN OLEH : HARNANI BINTI HARUN (PBSD PENDANG)
- JBS Kedah
- Hits: 580
