- JBS Kedah
- Hits: 519
KOMUNITI LUAR BANDAR DAERAH KUBANG PASU MENERIMA LAGI MANFAAT SUNTIKAN DANA PEMBANGUNAN FASILITI SUKAN OLEH KBS.
KUBANG PASU, KEDAH, 28 SEPTEMBER 2020 – Lebih kurang seminggu yang lalu daerah Kubang Pasu khususnya penggiat dan peminat sukan tenis di Jitra telah mendapat fasiliti berupa Kompleks Sukan Tenis.
Pada hari ini pula, bertempat di Perkarangan Masjid Al-Huda,Kampung Tok Kepak,Megat Dewa, Kodiang satu lagi kemudahan yang berkonsepkan dewan serbaguna yang turut dilengkapi dengan gelanggang sepak takraw dan badminton telah siap sepenuhnya menjalani kerja-kerja pembinaan dan menaiktaraf. Hadir menyempurkan majlis pemeriksaan dan penyerahan adalah Timbalan Pengarah JBSN Kedah,Puan Siti Hasmah Binti Hassan dan Tn.Hj.Wahab Bin Awang selaku wakil Jawantankuasa Masjid Al-Huda merangkap imam serta pemilik yang akan bertanggungjawab menguruskan dewan tersebut.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD SHAKIR BIN NAWAWI (PBSD KUBANG PASU)
- JBS Kedah
- Hits: 519
