BANDAR BAHARU – Seramai 7 orang peserta dari Badan Gabungan Majlis Belia Daerah Bandar Baharu menyertai Kursus Pengurusan Organisasi KPO Peringkat Negeri Kedah Siri 1 2022 yang berlangsung pada 27-28 Julai di Kampung Acheh Management Centre (KAMC) Yan, Kedah. Keseluruhan 42 org peserta meneyrtai Kursus ini yang dikhaskan untuk zon Kedah Selatan yakni dari daerah Baling, Bandar Baharu, Kulim, Kuala Muda, Sik dan Yan.
Majlis penutup kursus telah disempurnakan oleh Mohammad Suhaimi Md Saad, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
DISEDIAKAN OLEH : FARIZA BT. GHAZALLI (PBSD BANDAR BAHARU)
- JBS Kedah
- Hits: 93
