- JBS Kedah
- Hits: 123
PERTANDINGAN BAMBOO RAFT TUG WAR AKTIVITI SOKONGAN SAMBUTAN HARI BELIA NEGERA 2022 DAERAH SIK
SIK KEDAH, 19 SEPTEMBER 2022 – Program 1000 Liga Peringkat Daerah Sik membuka kalendar acaranya dengan pertandingan kayak individu ujian masa telahpun diadakan pada 09 September 2022 (Sabtu) yang lalu bertempat di Tasik Beris, Sik, Kedah Darul Aman disini.
Program dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik turut mendapat kerjasama teknikal dari Persatuan Malim Gunung dan Rekreasi Daerah Baling telah menarik minat penyertaan anak muda Daerah Sik dalam mengambil bahagian acara tersebut.
Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Pn. Siti Salmiah Binti Md Ani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik. Hadir bersama Pengerusi Majlis Belia Daerah Sik dan Pengerusi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah Sik.
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)
- JBS Kedah
- Hits: 123
