LANGKAWI, KEDAH – 28 OGOS 2022- Bertempat di Pejabat Daerah & Tanah Langkawi, satu mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Belia Peringkat Daerah Langkawi telah diadakan pada 11 Ogos 2022 yang lalu. Mesyuarat ini melibatkan beberapa agensi kerajaan, swasta dan Ngo, antaranya ialah Jabatan Tenaga Kerja (JKR), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) serta Majlis Belia Daerah Langkawi.
Mesyuarat membincangkan pengurusan dan pentadbiran serta persiapan, perlaksanaan sambutan hari belia yang akan di laksanakan pada 19-20 Ogos 2022 di Telaga Walk, Cenang Langkawi. Mesyuarat ini di pengerusikan oleh Tuan Hj. Zulkifli Bin Abdullah, Ketua Penolong Pegawai Daerah Langkawi.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
- JBS Kedah
- Hits: 147
