YAN KEDAH, 03 OGOS 2022 – Kursus Kepimpinan Pengurusan Organisasi (KPO) Tahap 1 2022 Siri 1 Peringkat Negeri Kedah telahpun diadakan pada 27 hingga 28 Ogos 2022 yang lalu bertempat di Kampung Acheh Management Centre (KAMC) Yan, Kedah Darul Aman di sini.
Kursus Kepimpinan Pengurusan Organisasi (KPO) Siri 1 ini melibatkan daerah 6 daerah Kedah selatan iaitu Kulim, Bandar Baharu, Kuala Muda, Yan, Baling dan Sik. Daerah Sik menghantar seramai 07 orang peserta pemimpin baru persatuan belia ke kursus berkenaan.
Peserta didedahkan dengan pengetahuan dalam bidang pentadbiran pejabat seperti sistem fail, sistem surat menyurat, penyediaan minit mesyuarat, pengurusan kewangan/akaun dan penyediaan kertas kerja.
Majlis Penutup dan Penyampian Sijil kursus ini telah disempurnakan oleh En. Mohd. Suhaimi Bin Md. Saad, Timbalan Pengarah Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)
- JBS Kedah
- Hits: 185
