KEDAH, 13 OGOS 2022 - Berlangsungnya Program Karnival Youth Career @ HBN Kedah yang telah berlangsung pada 12 & 13 Ogos 2022. Program ini merangkumi pelbagai slot. Antaranya adalah temu duga terbuka & Taklimat Peluang Kerjaya dengan kerjasama PERKESO. Manakala Program Motivasi Belia pula telah disampaikan oleh Dr. Kamarul Azman bin Khamis (Dekan Hal Ehwal Pelajar UUM) & Encik Muhammad Farhaan bin Rahmat (Exco GPMS Negeri Kedah).
Turut dilaksanakan program Webinar Youth Digital Economy yang membawakan usahawan belia Negeri Kedah iaitu Puan Atyka Zalani (Pemilik Butik Rizka/Influencer) & Puan Nabilah Bahrin (Pemilik Nabella Butik/Influencer). Kedua-dua figura ini berkongsi kisah permulaan serta jatuh bangun mereka dalam menjalankan perniagaan masing-masing. Kesemua slot yang telah dilaksanakan dalam Program Youth Career ini adalah bertujuan untuk membuka ruang peluang pekerjaan serta meningkatkan kebolehpasaran belia.
Terima kasih kepada semua yang membantu menjayakan program ini termasuk Puan Hartini A. Jabbar selaku Pengarah Cawangan Pembangunan Ekonomi, Bahagian Pembangunan Belia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang sudi turun padang memantau keseluruhan program.
- JBS Kedah
- Hits: 151
