SIK KEDAH, 16 OGOS 2022 – Aktiviti Mari Mencuba dan Permainan Sukan Tradisional dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik (PBSD Sik) bersempena Program Merdeka Fun Walk 2022 Daerah Sik telah mendapat sambutan yang baik daripada pengungjung apabila ianya dilaksanakan pada 07 Ogos 2022 bertempat di Dataran Sik Lestari, Sik, Kedah Darul Aman disini.
Aktiviti Mari Mencuba dan Permainan Sukan Tradisional yang disediakan ini merangkumi dam ular, karom, congkak, batu selambut dan golf untuk aktiviti mari mencuba.
Aktiviti tersebut sebagai aktiviti sokongan kepada Program Merdeka Fun Walk 2022 Daerah Sik dan Penyerahan Jalur Gemilang di Daerah Sik.
Program tersebut telah disempurnakan oleh Tn. Mahamad Suhaimi Bin Man, Pegawai Daerah Sik. Hadir bersama Pn. Siti Salmiah Binti Md. Ani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)
- JBS Kedah
- Hits: 126
