- JBS Kedah
- Hits: 134
KEJOHANAN CATUR PROGRAM 1000 LIGA
POKOK SENA, 20 SEPTEMBER 2022 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong telah menganjurkan Kejohanan Catur Program 1000 Liga Peringkat Daerah Pokok Sena 2022 yang telah berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong.
Program seperti ini diadakan adalah untuk menjadikan sukan sebagai satu gaya hidup sihat dan amalan rutin harian ke arah gaya hidup aktif, cergas dan bersaing yang digerakkan atas inisiatif diri sendiri.. Amirullah, peserta berkata, beliau berharap aktiviti sukan seperti ini dapat diadakan lagi agar dapat menggalakkan masyarakat untuk bergiat aktif dan cergas.
Disediakan oleh : Mohd Sobry Bin Md Akhir (PBSD Pokok Sena)
- JBS Kedah
- Hits: 134
