PEDU, PADANG TERAP 1 JUL 2022 ( JUMAAT ) – “Program SRM UUM GO GLAMP” telah diadakan pada 1 dan 2 Julai 2022 bertempat di Mahawangsa Boat House, Tasik Pedu, Kedah. Program ini adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kubang Pasu dengan kerjasama Sekretariat Rakan Muda UUM dan Majlis Belia Daerah Kubang Pasu.
Seramai 45 orang peserta telah menyertai program ini dengan aktiviti seperti ‘Water Confidence’ , berkayak, memasak dalam buluh, Latihan Dalam kumpulan dan sebagainya.
Acara Perasmian Program telah dihadiri oleh Tuan Setiausaha Majlis Perbandaran Daerah Padang Terap manakala Majlis Penutup disempurnakan oleh Encik Megat Shahrom Bashir Bin Makhdzir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kubang Pasu.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL IZZATI (PBSD KP-KSJ)
- JBS Kedah
- Hits: 172
